Photobucket

Saturday, February 6, 2010

Bahana ketagihan seks - Tiger Woods





WALAUPUN hatinya remuk setelah skandal seks suaminya, bintang golf No. 1 dunia, Tiger Woods, 34, terdedah, Elin Nordegren, 30, masih mahu menyelamatkan perkahwinan mereka demi anak-anak, Sam, 2 tahun dan Charlie, 11 bulan.
Namun, kesediaan bekas model Sweden itu menerima semula Woods adalah bersyarat termasuk Woods mesti berjumpa pakar untuk menghentikan ketagihan seksnya.

Bintang sukan kelahiran Cypress, California, Amerika Syarikat itu tidak mampu menutup kisahnya yang obses seks lantaran 19 wanita termasuk pelayan kelab malam dan pelakon porno mula mengakui pernah menjalin hubungan intim bersama Woods November lalu.
Menurut Perunding Terapi Ketagihan, Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur, Chris Sekar, seseorang yang dikenal pasti mengalami ketagihan terhadap sesuatu seperti seks akan bersikap untuk menafikan tabiatnya itu.

"Daripada laporan media, kemungkinan besar Woods mengalami masalah ketagihan seks kerana dia
sanggup melakukan sesuatu yang luar biasa hanya untuk memenuhi kepuasan seksualnya namun dia enggan mengakuinya.


IMEJ bersih Woods tercalar gara-gara skandal seksnya terbongkar.



"Ketagihan mempunyai pelbagai cabang rangsangan. Antaranya ketagihan perlakuan seperti ketagih seks, ketagihan kimia seperti dadah dan ketagihan tersembunyi seperti membeli-belah serta terlalu kuat bekerja.
"Walaupun ketagihan ini berbeza namun simptomnya adalah sama. Penagih akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diingini dan sekiranya wujud halangan, mereka akan mencari jalan keluar walau apa pun cara sekali pun," ujar Chris.
Meneliti kes profil Woods, beliau tidak menolak wujud toleransi dalam diri jaguh sukan golf itu untuk memuaskan nafsu seksnya.
"Woods pada awalnya mungkin mengadakan hubungan intim dengan seorang wanita. Atas dorongan dan rangsangan yang mungkin didapati daripada filem porno atau imaginasinya, Woods gemar untuk menukar selera dengan beraksi bersama lebih daripada seorang wanita dalam satu masa..


Dia juga pernah dilaporkan gian dan sangat teruja untuk melakukan seks bersama dua wanita dalam satu masa. Ia adalah unsur-unsur ketagihan seks yang boleh dilihat ada pada Woods.
"Tidak mustahil dia mengeluarkan AS$60,000 (RM204,800) seperti dilaporkan hanya untuk menganjurkan parti seks bersama beberapa pelacur berprofil tinggi," jelas Chris.
Merungkai gejala ketagihan seks di kalangan lelaki, Perunding Klinikal Andrologis, Hospital Damai Service, Kuala Lumpur, Dr. Mohd. Ismail Mohd. Thambi berkata, ia bukan semata-mata melakukan hubungan seks dengan pasangan.

"Ketagihan seks mempunyai banyak cabang. Dalam kes Tiger Woods, mungkin dia berminat dengan perempuan namun skop ketagihan yang sebenar adalah lebih daripada itu.

Tidak semua lelaki mendambakan sentuhan di ranjang. Ada lelaki merasa terangsang apabila melihat gambar lucah, mendengar suara erotis, merakamkan figura berbogel dalam posisi tertentu, melayari web porno, perbualan telefon lucah dan sebagainya...

0 love seindahmawarku:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails