Wednesday, February 10, 2010

Hamba seks 6 bulan

AMPANG:
Seorang gadis merelakan dirinya dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak enam bulan lalu, selepas diugut dibunuh jika perbuatan songsang itu dilaporkan kepada ibunya atau polis.
Namun, rahsia berkenaan a terbongkar apabila gadis berusia 15 tahun berurut selepas mengadu sakit perut luar biasa sebelum didapati mengandung empat bulan hasil perbuatan durjana bapa tirinya. Difahamkan, selama enam bulan, gadis malang dirogol lelaki berkenaan tiga kali sejak Ogos tahun lalu dan kejadian terakhir bulan lalu.
Bapa tiri mangsa dikatakan mengambil kesempatan setiap kali ibu mangsa tiada di rumah atau ketika isterinya itu tidur dengan menyusup masuk ke bilik gadis terbabit sebelum merogolnya. Menurut sumber polis, kejadian rogol itu berlaku Ogos tahun lalu ketika mangsa tidur dalam biliknya sebelum bapa tirinya menyusup masuk.

“Selepas merogol mangsa, lelaki terbabit memberi amaran akan membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.

Menurutnya, ugutan itu membuatkan mangsa takut dan menyimpan rahsia berkenaan.

Dua bulan kemudian, mangsa dirogol sekali lagi

Beliau berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa menjaga adiknya berusia enam bulan di rumah manakala ibunya ke kedai membeli barangan dapur.

“Sejurus mengetahui isterinya keluar, lelaki terbabit mengambil kesempatan merogol anak tirinya itu, walaupun gadis terbabit merayu tidak diperlakukan demikian.

“Namun, nafsu mengatasi segala-galanya apabila lelaki terbabit langsung tidak mahu mendengar rayuan mangsa dan dia sekali lagi mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian terbabit kepada orang lain,” katanya.

Menurutnya, kejadian sama berulang lagi bulan lalu apabila mangsa yang ketika itu sedang tidur dalam biliknya didatangi bapa tirinya itu yang kemudian merogolnya.

“Mangsa kali ini diugut bapa tirinya itu supaya berdiam diri dan tidak melawan jika tidak mahu dipukul membuatkannya menjadi takut dan merelakan perbuatan lelaki terbabit.

“Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa bersama adiknya tidur membuatkan bapa tirinya mengambil peluang masuk ke bilik mangsa,” katanya.

Menurut sumber itu, rahsia selama ini dipendam terbongkar apabila mangsa ditemani ibu saudara pergi berurut selepas mengadu sakit perut.

“Bagaimanapun, wanita yang mengurut perut mangsa mendapati dia mengandung, namun ketika itu mangsa menafikannya dan mendakwa mengalami sakit perut biasa dan tidak serius.

“Namun ibu saudaranya tidak berpuas hati mendesak mangsa menceritakan apa yang berlaku dan terkejut apabila mangsa memberitahu dirogol bapa tirinya,” katanya.

Menurutnya, ibu saudara mangsa membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan mangsa disahkan hamil empat bulan sebelum membuat laporan polis.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dan dia direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan dan penahan lelaki terbabit...

****************************************************
sumber dari metro..

2 love seindahmawarku:

aryadevi said...

ass. ikut prihatin baca berita nie...

aryadevi said...

ass. salam ...dengan berita nie...tentu ada hikmah yg bisa kita perbuat tuk perbaikan akhlak..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails