Photobucket

Tuesday, February 16, 2010

Bertolak awal ragut 4 nyawa


GUA MUSANG:
 “Kami sepatutnya bertolak jam 7 pagi semalam, namun arwah Zarimah begitu gembira untuk pulang menemui keluarga di kampung menyebabkannya berubah fikiran bertolak lebih awal.
“Atas permintaannya, kami berubah rancangan dan bertolak jam 10.30 malam,” kata Mohd Zulkarnai Mohamad Noor, 23, apabila Proton Wira dipandu mengorbankan empat saudaranya dalam kemalangan ngeri di Kilometer 84 Jalan Kuala Lipis-Merapoh di sini, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Mereka yang terbunuh ialah sepupunya, Zarimah Hussin, 31, Mohd Aliah Husin, 22, (adik Zarimah), Mohd Shahrul Azwan Abdullah, 15, dan Nor Sabila Sakila, 9 (anak Zarimah).

Manakala Mohd Zulkarnai dan seorang lagi adik Zarimah iaitu Mohd Rostam, 18, patah bahu kanan dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM). Mohd Zulkarnai berkata, kemalangan berlaku pantas apabila sebuah kereta dari arah bertentangan memasuki lorongnya menyebabkannya hilang kawalan dan merempuh pokok kelapa sawit sebelum kereta terbalik.
Dia menjadi bingung apabila melihat Zarimah dan seorang lagi sepupu, Mohd Shahrul parah serta bertambah terkejut apabila melihat Nor Sabila terbaring tidak bergerak di tepi kereta dipercayai tercampak keluar.

Dalam kejadian dekat Kampung Berhamah, Merapoh itu, Zarimah, Nor Sabila dan Mohd Shahrul meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Mohd Zulkarnai yang cedera ringan terperangkap hampir sejam bersama mayat Zarimah yang berada di sebelah pemandu selain seorang adik arwah yang masih bernyawa berada di tempat duduk belakang sebelum dikeluarkan anggota bomba.Mohd Aliah meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Gua Musang (HGM) dan seorang lagi adik Zarimah, Mohd Rostam, 18, patah bahu kanan dan dirawat di hospital sama.

Semua mangsa dalam perjalanan dari Cheras, Kuala Lumpur, untuk pulang ke Kampung Pemberian, Kuala Krai sempena cuti Tahun Baru Cina selain mahu membuat persiapan majlis perkahwinan keluarga yang dijadualkan semalam di Sungai Tong, Terengganu.

Bapa Mohd Zulkarnai, Mohamad Noor Mahmood, 62, berkata dia terkejut apabila mengetahui anaknya bertolak lebih awal.
Katanya, dia bimbang dan menghubungi anaknya berkali-kali ketika dalam perjalanan dan kali terakhir panggilan dijawab ketika mereka berada di Raub.
“Lebih sejam kemudian, saya menghubunginya, tetapi tidak dijawab. Saya mula risau dan akhirnya menerima panggilan polis yang memaklumkan kejadian berkenaan pada jam 5 pagi.
“Saya bergegas ke Gua Musang dan bersyukur anak cedera ringan, tetapi amat sedih apabila tiga anak saudara dan seorang cucu saudara terbunuh,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lipis, Inspektor Mazrie Ismail berkata mangsa terakhir kemalangan terbabit, Mohd Aliah meninggal dunia ketika menerima rawatan di HGM akibat kecederaan badan.
Katanya, jenazahnya dituntut keluarga jam 10 pagi manakala jenazah Zarimah bersama anak perempuannya, Nor Sabila Sakila dan jenazah Mohd Shahrul Azwan dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga jam 2 petang.

3 love seindahmawarku:

joegrimjow said...

klu dah takdir
macam tu lah
takziah pada keluarga mangsa

Mus said...

jodoh, ajal di tangan tuhan

Norain Ishak said...

jalan tu memang selalu terjadi accident en..
baru je lalu jalan tu dua tiga hari lepas..
alhamdulillah selamat..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails