Photobucket

Saturday, February 6, 2010

Sarimah tidak sengaja...???

KETIKA orang sedang memperkatakan teka-teki adakah Sarimah Ibrahim,32, bakal menjadi hos Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8), tiba-tiba muncul isu baru di Internet kononnya dia sengaja menayang pusat.
Gambar yang dipetik melalui program realiti mengurangkan berat badan, The Biggest Loser Asia, saluran Hallmark (Astro saluran 702) itu memperlihatkan aksi Sarimah mengacara rancangan berkenaan di tepian pantai.

Dengan memakai baju T berwarna merah jambu, pusat Sarimah kelihatan jelas sehingga menjadi bualan peminat melalui beberapa lambang sembang.
Ada yang mengutuk dan ada juga yang mempersoalkan mengenai sensitiviti Sarimah sebagai masyarakat Malaysia.

Apatah lagi rancangan realiti terbitan NBC Universal Global Networks itu boleh ditonton di 12 buah negara.
Imej Sarimah yang selama ini bersih agar tercalar gara-gara insiden itu.
Pancaindera mendapatkan reaksi pengacara yang terkenal dengan jolokan Cik Mah Gali ini mengenai kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Ujar wanita ini, dia agak terkejut apabila perkara itu diperkatakan umum tetapi mengambil sikap profesional untuk menjelaskan keadaan.
Menurut Sarimah, insiden itu berlaku dengan tidak sengaja kerana semasa penggambaran dilakukan, cuaca agak panas.

Sarimah mengambil pendekatan mengikat bajunya yang agak labuh disebelah tepi tetapi tidak menyedari sehingga menampakkan bahagian pusat.
Dalam masa yang sama semasa rakaman itu dilakukan dia perlu berlari ke sana-kemari untuk menyesuaikan dengan konsep rancangan.

"Penggambaran ni dibuat di bawah terik matahari. Pengacara perlu bergerak dengan pantas. Pakaian yang saya pakai ialah baju santai.

"Saya pun tak sedar semasa berlari pusat saya ternampak. Produser dan pengarah pun buat tak tahu sebab mereka mat salih, mereka tak kisah semua benda tu. Kalau produksi ini dibuat oleh orang Melayu tu lainlah.
"Bila dah disiarkan di televisyen, barulah kita nampak kelemahan tersebut dan saya pun terkejut apabila ia diperkatakan melalui beberapa lambang sembang," katanya.

Bukan aksi melampauMenurut Sarimah, insiden nampak pusat itu bukanlah satu aksi melampaui batas jika dibandingkan dengan penyebaran gambar sesetengah artis yang lebih teruk daripada itu.
Malah kata Sarimah terdapat selebriti yang berpakaian seksi sehingga nampak bahagian lurah tetapi tidak pernah dipersoalkan.

Bagaimanapun sebagai seorang selebriti, Sarimah tetap memahami budaya dan tuntutan masyarakat Malaysia pada hari ini.
Dia juga menganggap apa juga keluhan dan nasihat daripada peminat merupakan satu petanda yang baik kerana ia membuktikan Sarimah masih disayangi semua orang.
"Apabila kita buat satu benda yang dianggap luar biasa dan ada orang yang mahu tegur, ia bermakna kita masih mempunyai pengaruh.

"Saya percaya yang peminat-peminat saya diluar sana mahu lihat imej saya bersih sehinggakan apabila pusat saya nampak pun menjadi perbualan mereka.
"Perkara ini saya tak ambil ringan dan saya akan sentiasa menjadikan ia sebagai satu nasihat yang berguna walaupun ia bukanlah aksi yang keterlaluan," katanya.
Menurutnya sebagai pengacara untuk sesebuah rancangan bertaraf antarabangsa, dia tidak boleh terlalu cerewet.
Katanya dalam satu-satu perkara dia haruslah bersikap professional supaya tidak mendapat kritikan dan keluhan produser terutamanya mereka yang sukar memahami budaya orang Melayu.
"Terus terang saya katakan, bukan senang bila kita terlibat dengan produksi antarabangsa. Mereka tak faham dengan budaya kita.

"Kadang-kadang saya terpaksa jelaskan soal berpakaian dan cara bekerja untuk menjaga imej budaya kita tetapi mereka tidak boleh faham seratus peratus," katanya.
Menurut Sarimah, jika insiden itu menjadi isu, dia meminta semua pihak menonton salah satu episod akan datang dimana dia memakai baju kebaya bagi memperkenalkan budaya Melayu.
Katanya, konsep tersebut adalah permintaannya yang menggambarkan bahawa Sarimah tidak pernah lupa asal usul walaupun pada dasarnya dia berdarah kacukan Melayu - Ireland.
Akan terima Hos AF8Ditanya desas-desus kononnya dia akan menjadi hos AF8 yang akan diumumkan Selasa ini, ujar Sarimah dia akan menerima tawaran tersebut jika benar tanggungjawab itu diserahkan kepadanya.

Bagaimanapun sehingga hari ini Sarimah masih belum tahu siapa yang akan mengemudi rancangan berkenaan.
Dia juga belum tahu kedudukannya di dalam program realiti itu sama ada terus diberi peranan menjadi pengacara slot Diari AF ataupun sebaliknya.
Tetapi jika pihak Astro mahu mencari kelainan dengan memberi ruang kepada wanita menjadi pengacaranya, ia adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan.
"Saya terlibat dalam bidang seni sudah lebih sepuluh tahun. Kalau ada peluang itu saya akan ambil dan menganggap ia tugas yang amat bermakna," katanya.
Mengakui turut suspen dengan pengumuman yang akan dibuat Selasa ini, Sarimah berkata pihak Astro telah meminta dia tidak memenuhi aktiviti lain dalam tempoh tiga bulan.
Bagaimanapun Sarimah tidak pasti apa tujuan arahan itu sama ada dia akan mengendalikan sebuah rancangan baru ataupun diberi peluang sebagai pengacara dalam mana-mana slot AF8.
Tak mahu terus "becok"Selama ini ramai yang melihat Sarimah muncul sebagai pengacara dengan aksinya yang becok.

Tetapi selepas sekian lama menjadi pengacara wanita ini membayangkan dia mahu menukar imej dan gaya pengacaraan agar kelihatan berbeza.
"Takkan saya nak jadi Sarimah yang becok selama-lamanya. Bila kita sudah melalui banyak pengalaman dalam dunia pengacaraan, mestilah kita perlu melakukan perubahan.
"Dan saya percaya, selepas menjadi hos The Biggest LoserAsia, pengetahuan saya semakin luas dan Sarimah hari ini perlu menjadi Sarimah yang versatil," jelasnya yang akan menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang psikologi pada tahun ini.



3 love seindahmawarku:

Cipina said...

erm..saya suka sarimah

Didi Nadhirah said...

suka sarimah juga

anatayuni said...

kefasihan dia tutur dlm BI wat sy respect dia..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails